AirAsia Kini Buka Semula Laluan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

31 Mar 2024 • 4:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penerbangan ke Pulau Pinang, Kuching dan Sabah kini kembali

AirAsia Kini Buka Semula Laluan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu. AirAsia kini meraikan penyambungan semula laluan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu hari ini, dalam usaha untuk memperkukuh komitmen perkhidmatan di Sarawak dan Sabah.

AirAsia bersama-sama dengan Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Sarawak Nurul Ain Mohammed Yunus, menyambut ketibaan penerbangan AK5432 dari Pulau Pinang ke Kuching dengan muatan lebih daripada 80 peratus, menandakan potensi pertumbuhan masa depan yang kukuh antara laluan-laluan ini.

Memperluas rangkaian penerbangan dalam negara

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, pihak mereka berbesar hati untuk memperluas rangkaian penerbangan dalam negara dan pada masa yang sama meningkatkan tawaran destinasi di hab Sarawak dan Sabah.

Sebagai sebuah syarikat penerbangan tempatan, penyambungan semula laluan-laluan ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan di Malaysia.”

Dengan menghubungkan semula laluan-laluan ini, kami berhasrat untuk memenuhi peningkatan permintaan bagi perjalanan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu sambil terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pelancongan dalam negara.

Kami berharap untuk menerbangkan lebih ramai tetamu pada laluan-laluan ini dan terus memperluas rangkaian domestik pada masa hadapan,” jelas beliau.

image is not available
Sumber foto: I Love Borneo

Memperkasakan sektor pelancongan antara Pulau Pinang dan Sarawak

Pengarah Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Sarawak, Nurul Ain Mohammed Yunus pula berkata dengan penyambungan semula laluan ini, ia menandakan satu pencapaian penting dalam memperkasakan sektor pelancongan antara Pulau Pinang dan Sarawak.

Melalui laluan ini, beliau menjangka impak positif terhadap pertumbuhan pelancongan negeri. Berikutan profil pelancong yang pelbagai dari Pulau Pinang,pihak beliau berharap dapat terus mempromosikan kepelbagaian warisan budaya, landskap semula jadi menakjubkan dan pengalaman pengembaraan unik di Sarawak.

Penyambungan semula laluan ini juga membuka peluang untuk terus menarik lebih ramai pelancong dan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini: