AirAsia Lancar Penerbangan Istimewa Tambang Rendah Tetap Ke Sandakan Sempena Tahun Baru Cina

9 Jan 2023 • 6:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tambang istimewa harga tetap pada harga RM 299.

AirAsia Lancar Penerbangan Istimewa Tambang Rendah Tetap Ke Sandakan Sempena Tahun Baru Cina. Tiba sahaja musim perayaan, pasti ramai akan pulang ke kampung halaman terutamanya bagi yang mempunyai kampung halaman yang jauh.

AirAsia pada hari ini melancarkan penerbangan istimewa pada tambang rendah tetap antara Kuala Lumpur dan Sandakan sempena Tahun Baru Cina akan datang.

image is not available
AirAsia Lancar Penerbangan Istimewa Tambang Rendah Tetap Ke Sandakan Sempena Tahun Baru Cina. Sumber foto: AirAsia

AirAsia menawarkan harga tambang rendah

AirAsia menawarkan harga tambang rendah tetap RM 299 termasuk semua hala antara Kuala Lumpur dan Sandakan.

Anda boleh mula menempah dari 9 Januari ini sehingga 26 Januari 2023 untuk tempoh perjalanan ke Kuala Lumpur ke Sandakan 18-21 Januari dan 23-26 Januari dari Sandakan ke Kuala Lumpur.

Jadi buat anda yang ingin pulang ke kampung halaman untuk sambutan Tahun Baru Cina nanti, anda boleh beli tiket anda sekarang!

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved