AirAsia hari ini telah mengemaskini polisi penerbangan mereka, sekaligus mengumumkan akan menghalang penggunaan dan juga pengecasan powerbank dalam semua penerbangan mereka, berkuat-kuasa 1 April 2025.
Semua penumpang boleh membawa powerbank dalam penerbangan, dan ia perlu disimpan bersama penumpang. Powerbank berkenaan tidak boleh diletakkan di ruangan kabin atas, mahupun dalam bagasi. Setiap penumpang boleh membawa powerbank tidak melangkaui 20,000mAh atau 100Wh sahaja.
Sepanjang penerbangan, powerbank tidak boleh digunakan, termasuk untuk mengecas peranti elektronik lain. Langkah ini diambil selari dengan piawaian penerbangan semasa, sekaligus mengurangkan sebarang insiden melibatkan risiko bateri ketika penerbangan.
Sebelum ini, beberapa penerbangan lain turut telah mengeluarkan arahan sama, termasuk Malaysia Airlines dan Batik Air.




