AirAsia Ride Menawarkan Diskaun RM3 Untuk Perjalanan Ke Stesen KTM

TechnologyDigitalCars
13 Sep 2023 • 10:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AirAsia Ride dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini mengumumkan kerjasama, sekaligus memberikan diskaun kepada para pengguna perkhidmatan seru-pandu AirAsia Ride.

image is not available

Dibawah kerjasama ini, bagi pengguna yang menggunakan AirAsia Ride untuk ke stesen KTM terdekat, diskaun sebanyak RM3 akan diberikan. Pengguna boleh menikmati diskaun sehingga RM6 setiap hari – iaitu RM3 untuk perjalanan pergi ke stesen dan RM3 untuk perjalanan balik.

Promosi ini disediakan sehingga Ogos 2024 kelak, dimana pengguna perlu memasukkan kod promosi KTMRIDE dalam menikmati diskaun tersebut. KTM menyatakan diskaun ini meliputi 80 stesen KTM, termasuk di Utara Malaysia.

Bagi anda yang sering ke stesen KTM menggunakan perkhidmatan seru-pandu, mungkin boleh menyemak AirAsia Ride dalam menikmati diskaun.

View Original Article