AirAsia Super App Dikemaskini Dengan Ciri Komuniti, Permua Dan Pemberian Hadiah Rentas ASEAN

TechnologyDigital
12 Dec 2022 • 3:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Visi menjadikan AirAsia Super App sebagai sebuah adi-aplikasi diteruskan hari ini ini oleh Capital A dengan pengenalan beberapa ciri baharu yang menjadikannya hab untuk komuniti pengguna. Menerusi versi terkini Super App, pengguna boleh mengakses ciri app serta komuniti yang diberikan nama jolokan AirAsia Republic.

image is not available

Pengguna dengan minat yang sama boleh berinteraksi antara satu sama lain terus dari dalam Super App. Untuk menggalakkan interaksi terdapat sokongan AirAsia Gifts yang membolehkan hadiah diberikan kepada pengguna lain di seluruh rantau Asia Tenggara. Antara hadiah yang boleh diberikan ialah tiket kapal terbang, makanan, penginapan hotel, busana, permainan video dan banyak lagi.

image is not available
a

Terdapat juga ciri permua dimana 40 permainan mini boleh diakses pengguna juga terus dari dalam Super App. Antara permua yang ditawarkan adalah T.A.G dan Biggie Wonderland. Di masa hadapan ciri meletakkan markah yang dicatatkan di atas talian bagi membolehkan pengguna bersaing mendapatkan tempat teratas.

Kesemua ciri baharu yang diumumkan hari ini boleh diakses menerusi tab Chat yang terletak di bahagian bawah aplikasi. Terdapat ratusan hadiah boleh diberikan kepada pengguna lain secara atas talian antaranya daripada Watsons, Ogawa, PlayStation Network, Zalora, Footlocker, Starbucks, FamilyMart dan Dominos.