airasia Superapp, Dufry tingkatkan pengalaman beli-belah barangan bebas cukai
zulfadli
16/05/2023 - 14:54
KUALA LUMPUR 16 Mei - airasia shop dan platform membeli-belah barangan bebas cukai dalam talian airasia Superapp menjalin kerjasama bersama Dufry, pengusaha pengembaraan global terkemuka untuk memperluaskan rangkaian pilihan serta tawaran kepada pelanggannya.
AirAsia dalam kenyataan hari ini berkata, melalui kerjasama ini, airasia shop kini boleh menawarkan pelanggan lebih dari 1,000 barangan bebas cukai terbaharu di lapangan-lapangan terbang yang terpilih.
Tambahan pula, pelanggan juga disediakan pilihan mengambil barangan yang dibeli di airasia shop dari toko-toko Dufry di tiga lapangan terbang baharu di Lapangan Terbang Perth (Terminal 1), Australia, Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap (Terminal 1), Kemboja dan Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh (Terminal 1), Kemboja.
"Pelanggan boleh memilih perkhidmatan penghantaran terus ke tempat duduk dalam penerbangan yang disediakan airasia shop. Kru kabin penerbangan AirAsia akan menghantarnya terus ke tempat duduk yang sudah semestinya menjimatkan masa dan ruang bagasi.
"Kerjasama airasia shop dan Dufry adalah yang pertama di antara platform dan menjadi peneraju dalam pasaran ini untuk pertingkatkan lagi pengalaman perjalanan dan pengembaraan," katanya.
Ketua Pegawai Komersial airasia Superapp, Tan Mai Yin berkata, pihaknya ingin mencipta satu pengalaman lancar dan menyenangkan kepada pengguna termasuklah pengalaman pembelian barangan bebas cukai dan pembelian pelancongan.
Katanya, dengan adanya pengusaha global seperti Dufry di platform mereka, pihaknya akan menawarkan pengguna dan semua pengembara inventori barangan bebas cukai yang lebih luas dan pelbagai.

"Sebagai ekosistem beli-belah bebas cukai yang teguh yang menyediakan kemudahan dan pilihan terbaik kepada pelanggan, kami berbangga dapat merintis transformasi digital dalam industri beli-belah pelancongan dengan Dufry.
"Kami juga teruja untuk mengumumkan bahawa mulai sekarang hingga 30 Jun 2023, semua pelanggan boleh membeli mana-mana dua produk daripada Dufry di platform kedai airasia dan mendapat diskaun tambahan 20%," katanya.
Ketua Pegawai Operasi Dufry Asia Pasifik, Pedro Castro pula berkata, kerjasama airasia shop dan Dufry mengukuhkan visi syarikat untuk menyediakan pengembara dan pelancong pengalaman perjalanan holistik melalui beli-belah bebas cukai yang selangkah lebih dekat kepada pengembara.


"Kami gembira kerana pengembara boleh membuat pra-pesanan pelbagai jenis bebas cukai kami di platform kedai airasia dan mengambilnya apabila mereka tiba di kedai bebas cukai pilihan kami di lapangan terbang," katanya.
Salah satu pemain pengalaman perjalanan paling terkenal di dunia, Dufry menawarkan pelbagai format runcit, seperti bebas cukai, berbayar cukai, butik jenama, konsep khusus, kedai serbaneka serta kedai makanan dan minuman (F&B) di 5,500 cawangan di seluruh dunia di 1,200 lokasi di 75 negara.
Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/TikTok atau @airasia di Twitter/WeChat/Weibo. Untuk pengalaman lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery. - DagangNews.com
