airasia Superapp, Resort World Genting bekerjasama tawar diskaun 15% bagi percutian di tiga tempat peranginan
diyana
06/06/2023 - 18:03
KUALA LUMPUR 6 Jun - airasia Superapp dan Resort World Genting menawarkan diskaun 15% bagi percutian di tiga tempat peranginan untuk penginapan di kawasan tanah tinggi dan pantai antara 1 Jun hingga 30 September 2023.
Dalam satu kenyataan hari ini, airasia berkata tawaran tersebut tersedia untuk tempahan di airasia Superapp mulai sekarang hingga 30 Jun 2023 bagi penginapan di Resorts World Awana, Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi.

Bagi mereka yang berminat menikmati cuaca tanah tinggi yang sejuk dan menghiburkan diri dengan pelbagai aktiviti di Genting Highlands, boleh memilih untuk menginap di Resorts World Awana.
Dikelilingi hutan hujan asli dengan pemandangan indah pergunungan diselubungi kabus, resort golf tenang yang terletak pada ketinggian 3,100 kaki di atas paras laut ini merupakan syurga bagi pencinta alam semula jadi dan hanya perlu memandu dua minit ke Genting Highlands Premium Outlets. Tempahan boleh dilakukan di https://www.airasia.com/hotel/e12a7.

Sementara itu, percutian pantai di Resorts World Kijal, Terengganu menyajikan pengunjung pemandangan laut yang mempesonakan, aktiviti tepi pantai, memerhati penyu dan menikmati masakan tradisional Melayu yang mewah semuanya di satu tempat. Tempahan boleh dilakukan di https://www.airasia.com/hotel/e16d4.
Manakala penginapan di Resorts World Langkawi yang baru diubah suai memberi pengunjung peluang menikmati aktiviti sukan air yang menarik, sesi spa menyegarkan dan pelayaran makan malam matahari terbenam romantis sambil berendam menghadap Laut Andaman. Tempahan boleh dilakukan di https://www.airasia.com/hotel/e12bb.

Ketua Pegawai Komersial airasia Superapp, Tan Mai Yin menzahirkan keterujaan syarikat bekerjasama dengan Resorts World Genting bagi menawarkan cara mudah untuk menempah percutian dengan lancar dalam satu platform pada harga mampu milik.
“Dengan menghimpunkan pengiktirafan jenama kukuh kami dan rangkaian meluas, kerjasama ini akan memupuk hubungan yang saling menguntungkan antara pihak berkepentingan.
“Inilah masa yang sesuai untuk semua orang melarikan diri dari panas musim panas di bandar ke tempat peranginan tanah tinggi atau pantai,” katanya.
Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Resorts World Genting, Spencer Lee berkata syarikat itu percaya perkongsian menarik ini akan meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan tetamu memandangkan mereka boleh menempah penerbangan dan penginapan hotel sekali gus melalui airasia Superapp.
“airAsia sudah pasti syarikat penerbangan yang mempunyai rangkaian terbaik dan oleh itu, kami berharap perkongsian ini juga akan meluaskan lagi jangkauan pasaran kami,” tambahnya. -DagangNews.com

