AirAsia Tawar Diskaun 23% Untuk Semua Tempat Duduk & Penerbangan

10 Jan 2023 • 6:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sempena menyambut kemeriahan tahun baru 2023, AirAsia menawarkan jualan diskaun 23% untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan selama seminggu mulai semalam, 9 Januari hingga 15 Januari 2023.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata, tawaran ini tersedia untuk tempoh perjalanan dari 1 Februari hingga 27 September 2023.

Menurut AirAsia, antara destinasi terlibat adalah Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Kinabalu, Singapura, Bangkok, Taipei, Tokyo, New Delhi, Gold Coast, Auckland serta banyak lagi merangkumi penerbangan dengan kod AK, FD, D7, XJ.

Tempoh promosi: 9 Januari – 15 Januari 2023
Tempoh penerbangan : 1 Februari – 27 September 2023

image is not available

Namun tawaran promosi ini tidak sah untuk laluan Indonesia (kod QZ).

Tambah AirAsia, tambang juga tidak termasuk cukai dan caj lain.

Untuk membuat tempahan penerbangan, anda hanya perlu mengklik ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App atau layari www.airasia.com.

Tertakluk pada terma dan syarat.