AirAsia tawar tambang promosi bermula RM153 ke 130 destinasi

Travel
20 Mar 2024 • 10:01 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

AirAsia tawar tambang promosi bermula RM153 ke 130 destinasi

zulfadli

20/03/2024 - 10:01

KUALA LUMPUR 20 Mac - AirAsia menawarkan tambang promosi bermula RM153 termasuk semua sehala ke lebih 130 destinasi seperti Lombok, Da Nang, Phu Quoc, Bali, Thiruvananthapuram dan pelbagai destinasi lain.

Syarikat penerbangan itu berkata, untuk penerbangan lebih jauh di luar ASEAN, pihaknya menawarkan diskaun ke destinasi menarik seperti Osaka, Taipei, Sydney, Almaty dan banyak lagi dengan AirAsia X bermula RM309 termasuk semua sehala.

Katanya, orang ramai boleh menempah penerbangan di airasia.com dan AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp) mulai hari ini hingga 31 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara 15 April 2024 dan 30 November 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, pihaknya berbesar hati untuk meraikan suku pertama tahun 2024 yang penuh pencapaian dengan tambang penerbangan istimewa ke semua destinasi di seluruh dunia.

Katanya, rangkaian AirAsia kini terus berkembang dan pihaknya ingin memberikan penghargaan kepada jutaan para tetamu yang telah terbang bersama selama dua dekad lalu.

"Kami berbangga untuk menawarkan perjalanan udara yang berpatutan kepada para tetamu kami sepanjang tahun dan merealisasikan impian mereka untuk terbang ke destinasi idaman.

"Terokai dunia bersama-sama kami dengan tambang berpatutan dan nikmati pengalaman perjalanan yang mengagumkan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

image is not available

Selain itu, AirAsia kini menawarkan promosi dengan diskaun sehingga 20% untuk bagasi daftar masuk, pilihan tempat duduk dan hidangan pra-tempahan oleh Santan. - DagangNews.com