AirAsia Tawarkan Harga Tiket Tetap Ke Borneo Sempena Tahun Baru Cina Sehingga 15 Februari

5 Jan 2024 • 1:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Harga tiket tetap ditawarkan mulai kini hingga 15 Febuari 2024

AirAsia Tawarkan Harga Tiket Tetap Ke Borneo Sempena Tahun Baru Cina Sehingga 15 Februari. Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa AirAsia akan menawarkan harga tiket tetap kepada penumpang yang ingin terbang ke Sabah dan Sarawak sempena perayaan Tahun Baru Cina, bermula dari sekarang sehingga 15 Februari.

Beliau berkata, beliau berharap pengumuman ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka yang merancang untuk melancong pada musim perayaan yang akan datang.

image is not available
AirAsia Tawarkan Harga Tiket Tetap Ke Borneo Sempena Tahun Baru Cina Sehingga 15 Februari

Tambang murah pada hari perayaan

Penerbangan akan disediakan seperti berikut:

  • Dari Kuala Lumpur ✈️ Kuching, Sibu, Bintulu atau Miri (RM298 sehala)
  • Dari Johor Bahru ✈️ Kuching, Sibu atau Miri (RM298 sehala)
  • Dari Kuala Lumpur ✈️ Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau (RM348 sehala)
  • Dari Johor Bahru ✈️ Kota Kinabalu (RM348 sehala)

“Jadi, kami telah merangkumi semua lapangan terbang utama. Anda boleh mula menempah penerbangan anda hari ini tetapi jangan tunggu sehingga saat akhir,” kata Loke dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

https://www.iloveborneo.my/sistem-digital-parkir-di-kuching-dalam-perancangan/

https://www.iloveborneo.my/5-fakta-malaysia-digital-arrival-card-mdac/