AirAsia Terkesan Dengan Masalah Crowdstrike – Termasuk Tempahan Dan Daftar Masuk

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 5:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AirAsia kini memaklumkan yang mana sistem teras mereka dan juga sistem daftar masuk mereka terkesan dengan masalah Crowdstrike, sekaligus memberikan impak besar kepada operasi mereka. Hal ini, sekaligus membawa kepada kadar daftar masuk yang sangat perlahan, dan juga barisan yang lebih panjang.

AirAsia menyatakan mereka sedang berusaha sebaik mungkin dalam menangani masalah ini.

Hari ini, beratus syarikat seluruh dunia terkesan dengan kemaskini terbaru Crowdstrike yang membuatkan komputer Windows mengalami masalah BSOD – sekaligus membuatkan operasi syarikat tidak dapat dijalankan. Perisian Crowdstrike ini digunakan pelbagai syarikat untuk tujuan sekuriti dan perlindungan daripada serangan siber dan sebagainya.

Selain AirAsia, sebelum ini KTM turut telah memaklumkan sistem dan operasi mereka turut terjejas sedikit disebabkan hal ini.