Airbnb Malaysia Memperlihatkan Peningkatan Tempahan Bilik Sebanyak 30 Peratus Pada Separuh Pertama 2024

TechnologyDigital
19 Nov 2024 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pasca tahun-tahun pandemik COVID-19 yang membelenggu dunia, Malaysia nampaknya dilihat sebagai salah satu destinasi percutian yang paling popular di Asia Tenggara.

image is not available

Airbnb hari ini telah mengeluarkan laporan trend pelancongan untuk separuh pertama 2024, dan syarikat tersebut memperlihatkan bahawa Malaysia memperlihatkan peningkatan tempahan percutian melalui platform mereka setinggi 30 peratus dari tahun-ke-tahun berbanding tahun lepas.

image is not available

Dalam separuh pertama tahun ini, Airbnb melaporkan bahawa Kuala Lumpur memperlihatkan jumlah tempahan tempat tinggal kedua tertinggi di Asia Tenggara, hanya dibelakang Bangkok, Thailand diantara para pelancong dari luar negara.

image is not available

Destinasi-destinasi kegemaran para pelancong ini termasuklah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Petaling Jaya dan juga Melaka. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan khususnya apabila sebelum ini, Kuala Lumpur dilihat sebagai destinasi kedua paling popular secara global pada suku ketiga tahun 2022.

image is not available

Untuk para pelancong dalam negara pula, Airbnb juga telah memperlihatkan maklumat yang agak menarik. Walaupun lokasi-lokasi pelancongan mereka dilihat tidak banyak berbeza dengan pelancong asing, dua lokasi baru yang memasuki 10 kawasan teratas yang dikunjungi pelancong tempatan ialah Hulu Langat, Selangor dan Kinta, Perak.

Menurut Mich Goh, ketua dasar awam AirBnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan mengatakan bahawa lokasi ini popular kerana ia adalah kawasan luar bandar yang penuh dengan keindahan alam yang tidak terlalu jauh daripada lokasi berpenduduk.

image is not available

Ini juga sedikit sebanyak memperlihatkan kebolehan Airbnb untuk menawarkan tempat tinggal jangka pendek di lokasi-lokasi yang menarik seperti perkampungan nelayan di Kelantan dan juga lokasi-lokasi altitud tinggi seperti Cameron Highlands.

Peningkatan pelancongan di lokasi-lokasi seperti ini juga dilihat membantu penduduk-penduduk tempatan untuk menengahkan budaya tempatan dan mendapatkan wang daripada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk meningkatkan kemampuan sara hidup.