AirBorneo Boleh Berjaya Jika Diurus Dengan Baik – Abdul Karim

29 Mar 2025 • 9:42 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

AirBorneo mampu berjaya jika diurus dengan baik dan teliti

AirBorneo Boleh Berjaya Jika Diurus Dengan Baik – Abdul Karim. Dilaporkan, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, yakin bahawa syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, mampu berjaya sekiranya diurus dengan baik dan teliti.

Menurutnya, dalam dunia perniagaan, tiada jaminan kejayaan atau kegagalan mutlak, lebih-lebih lagi dalam industri penerbangan yang penuh dengan cabaran dan risiko.

image is not available
AirBorneo Boleh Berjaya Jika Diurus Dengan Baik – Abdul Karim

“Tetapi bagi AirBorneo, kita ada kelebihan kerana ia adalah syarikat milik kerajaan. Berbeza dengan syarikat lain yang bergantung kepada pemegang saham dan keuntungan jangka pendek, AirBorneo boleh fokus kepada pembangunan jangka panjang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa jika syarikat ini tidak meraih keuntungan dalam tempoh lima tahun, ia tidak akan mampu berkembang, membeli pesawat baharu, atau menambah baik perkhidmatan.

image is not available
Sumber gambar: Sinar Harian

AirBorneo boleh mencapai kejayaan dalam tempoh lima tahun

Namun, Abdul Karim optimis bahawa dengan perancangan yang rapi dan pengurusan yang bersungguh-sungguh, AirBorneo boleh mencapai kejayaan dalam tempoh lima tahun.

“Negeri Sarawak kaya dengan sumber, dan jika mereka yang menguruskan syarikat ini melakukannya dengan telus dan tekun, saya percaya AirBorneo boleh bersaing dengan syarikat penerbangan lain seperti Qatar Airways, Emirates Airlines, Turkish Airlines dan Singapore Airlines,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Kelayakan Akhir Kejohanan Tenis Remaja ITF U14 Asia/Oceania 2025 di Kuching malam semalam.

Lagi berita menarik untuk anda di sini: