AirBorneo guna khidmat Pratt & Whitney Canada untuk penyelenggaraan 8 pesawat ATR 72-500 hingga 2030

LocalBusiness & Finance
24 Sep 2026 • 3:41 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

AirBorneo guna khidmat Pratt & Whitney Canada untuk penyelenggaraan 8 pesawat ATR 72-500 hingga 2030 Image from: AirBorneo guna khidmat Pratt & Whitney Canada untuk penyelenggaraan 8 pesawat ATR 72-500 hingga 2030 liza24/09/2026 - 15:41 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Sept – AirBorneo Airways Sdn Bhd memeterai perjanjian penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) enjin bagi armada ATR 72-500 miliknya dengan Pratt & Whitney Canada untuk tempoh empat tahun sehingga 2030.

 

Perkhidmatan itu akan dilaksanakan di kemudahan Pratt & Whitney Canada di Singapura yang dibuka pada April tahun ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Aminuddin berkata, kemudahan penyelenggaraan di Singapura terletak berhampiran pangkalan operasi syarikat di Malaysia yang membolehkan pesawat dikembalikan dengan lebih cepat.

 

“Sokongan penyelenggaraan di Singapura memberikan kepastian operasi yang diperlukan untuk kami terus menyediakan perkhidmatan di laluan dalam Borneo khususnya bagi masyarakat di kawasan terpencil yang bergantung kepada pengangkutan udara,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Ketika ini, AirBorneo mempunyai lapan pesawat turboprop ATR 72-500 yang menggunakan enjin PW127M.

 

AirBorneo perbaharui armada pesawat mulai 2027

AirBorneo sedang mempertimbangkan untuk menghentikan penggunaan pesawat ATR lama secara berperingkat ketika syarikat milik Sarawak itu bersedia memperbaharui armada pesawat turbopropnya pada separuh kedua 2027.

 

Beberapa pilihan sedang dipertimbangkan, termasuk menjual pesawat lama berkenaan secara terus.

 

Beliau berkata, AirBorneo sudah menerima minat daripada pengendali dan syarikat yang berpotensi mengambil alih pesawat ATR yang bakal dikeluarkan daripada armada syarikat.

 

Pada Februari 2026 ketika Pameran Udara Singapura 2026, AirBorneo mengumumkan pembelian lapan pesawat baharu siri ATR 600 daripada pengeluar pesawat turboprop ATR, terdiri daripada lima ATR 72-600 dan tiga ATR 42-600.

 

Tempahan itu turut disertai hak pembelian bagi empat pesawat tambahan, manakala penghantaran lapan pesawat berkenaan dijadualkan antara 2027 hingga 2029. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved