Airbus A320 Bakal Memintas Boeing 737 Sebagai Pesawat Penumpang Paling Banyak Dikeluarkan

WorldBusiness & Finance
18 Aug 2025 • 4:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selamat tinggal Boeing 737, selamat datang Airbus A320 kerana ia bakal memintas kedudukan 737 sebagai pesawat penumpang komersial paling banyak dikeluarkan. Menurut data yang diterbitkan oleh Cirium, sehingga awal Ogos 2025 sebanyak 12,175 siri Boeing 737 telah dihasilkan berbanding 12,153 siri Airbus A320.

Angka yang dicatatkan Airbus ini menakjubkan kerana A320 hanya mula dikeluarkan pada tahun 1988 berbanding 737 yang dikeluarkan pada tahun 1967. Dengan hanya perbezaan 22 unit, rekod pesawat penumpang paling banyak dikeluarkan akan berpindah ke tangan Airbus seawal bulan September.

image is not available
Airbus A320 Neo

Walaupun dilancarkan lebih awal, Airbus A320 berjaya memintas Boeing 737 kerana pelbagai isu yang dihadapi oleh Boeing. Antaranya ialah insiden melibatkan siri 737 MAX yang terhempas disebabkan oleh sistem kawalan pesawat dan kemudiannya pintu kecemasan Air Alaska tercabut tahun lalu. Rekod keselamatan pesawat Boeing mula diragui menyebabkan syarikat penerbangan memilih A320.

Dengan landskap politik anti Amerika Syarikat yang semakin menebal, pesanan pesawat Boeing turut dibatalkan negara seperti India sebagai tanda protes dikenakan tarif tinggi oleh Trump. Di Malaysia Boeing 737 sangat sinonim dengan Malaysia Airlines sementara Airbus A320 pula sinonim dengan Air Asia.