Airbus Berjaya Menguji Sistem Mengisi Minyak Untuk Dron Swaterbang

TechnologyDigital
27 Nov 2023 • 4:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat ramalan di masa hadapan, tiada lagi keperluan untuk juruterbang manusia melakukan misi berbahaya di medan perang. Ini sudahpun sebenarnya berlalu di konflik Ukraine serta Azerbaijian di mana dron digunakan untuk mengebom lokasi musuh dengan jayanya. Seperti pesawat biasa, dron swaterbang masih hanya boleh beroperasi selagi mempunyai bahan api. Untuk membolehkan ia terbang lebih lama, Airbus membangunkan sistem mengisi minyak automatik untuk dron ini.

image is not available

Sistem Auto’Mate yang dipasang pada pesawat tangki A330 MRTT telah berjaya mengisi minyak pada lima dron swaterbang Airbus DT-25. Auto’Mate membolehkan pesawat tangki mengawal dron swaterbang dari jarak beberapa kilometer terus ke tangkai mengisi minyak tanpa campur tangan manusia. Selepas selesai, dron akan kembali beroperasi secara kendiri menjalankan misinya. Bagi membolehkan pengisian minyak dengan selamat dilalukan sistem komunikasi, kamera, LiDAR dan kecerdasan buatan digunakan oleh Auto’Mate.

Tahun ini Airbus juga berjaya menguji sistem mengisi minyak automatik pada sebuah A330 MRTT untuk pesawat pejuang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dengan negara tersebut yang pertama menggunakannya bermula tahun depan.