Airbus Menarik Semula Kemaskini Perisian Untuk Pesawat A320 Untuk Elak Insiden Ketika Penerbangan

WorldTechnology
29 Nov 2025 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Airbus kini telah mengeluarkan arahan kepada operator siri pesawat A320 yang dihasilkan mereka. Arahan ini dilihat lanjutan daripada salah satu insiden penerbangan JetBlue yang membuatkan penerbangan hilang altitud baru-baru. Airbus mengatakan insiden berkenaan memperlihatkan nyala suria atau radiasi solar yang kuat mungkin boleh menjejaskan data kritikal untuk fungsi kawalan penerbangan.

image is not available

Dibawah arahan Airbus, mereka meminta semua penerbangan untuk mengembalikan perisian operasi ke versi sebelum ini, dan perlu dilakukan sebelum sesuatu pesawat tersebut boleh terbang kembali. Langkah ini dijangka melibatkan sekitar 6,000 pesawat terbang dibawah keluarga A320.

AirAsia juga turut mengumumkan telah mula menggunakan semula perisian versi sebelum ini ke atas pesawat Airbus A320 bermula hari ini. AirAsia mengatakan akan menyelesaikan segala proses berkaitan dalam tempoh 48 jam, dan memastikan gangguan minimum kepada para pelanggan.

Sejumlah penerbangan dari pelbagai operator seluruh dunia dijangka terjejas disebabkan hal ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved