AirPods Berjaya Diubahsuai Dengan Sambungan Wayar USB-C

TechnologyDigital
3 Apr 2023 • 6:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsug Galaxy A51 diubahsuai menggunakan port Lightning, iPhone X dan AirPods pula menggunakan USB-C. Semua ini dilakukan oleh Ken Pillonel. Seorang jurutera yang hebat dan berbakat mengubahsuai gajet-gajet popular.

Projek terkini beliau sekali lagi melibatkan AirPods dan USB-C. Cuma bukan port yang idubah sebaliknya setiap fon telinga AirPods disambungkan dengan wayar dan terus menggunakan sambungan USB-C. Ini secara tidak langsung memberi nyawa tambahan kepada AirPods beliau yang sudah rosak.

Bagi yang sudah lupa AirPods adalah TWS yang direka untuk tidak boleh dibaiki sehinggakan iFixit memberi skor 0. Jadi apabila bateri AirPods Pillonel sudah sampai hayatnya selepas tiga tahun digunakan. Jadi untuk mengurangkan masalah sisa elektronik beliau kitar semula TWS ini agar boleh digunakan.

Kini AirPods boleh digunakan tanpa perlu dicas mengembalikan zaman Apple EarPod.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved