Ais ditemukan terbentuk di Gunung Kinabalu

LocalEnvironment
16 Apr 2026 • 12:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ais ditemukan terbentuk di Sub Stesen Panalaban, Gunung Kinabalu dalam kawasan Taman Kinabalu, Kundasang, Ranau.

KOTA KINABALU - Ais ditemukan terbentuk di Sub Stesen Panalaban, Gunung Kinabalu dalam kawasan Taman Kinabalu di Kundasang, Ranau, pada Khamis.

Menurut hantaran Facebook Taman-Taman Sabah (TTS), fenomena pembekuan ais itu direkodkan pada ketinggian 3,272.7 meter.

"Kejadian ini berpunca daripada cuaca kering dan kelembapan rendah yang menyebabkan suhu menurun hingga membentuk ais pada permukaan tumbuhan dan persekitaran, khususnya pada waktu malam hingga awal pagi.

"Fenomena semula jadi ini boleh berlaku secara berkala di altitud tinggi apabila keadaan atmosfera sesuai," tulisnya.

Sehubungan itu, Taman-Taman Sabah menasihatkan semua pendaki dan petugas agar sentiasa berwaspada dengan memakai pakaian sesuai dan menjaga hidrasi.

"Selain itu, patuhi arahan keselamatan, sambil pihak pengurusan terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved