Ais Melebihi Kuantiti Cendol, Lelaki Ini Tegur Peniaga Bazaar Jangan Ambil Kesempatan

26 Mar 2023 • 12:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Tolong jangan ambil kesempatan terhadap pelanggan.”

Ais Melebihi Kuantiti Cendol, Lelaki Ini Tegur Peniaga Bazaar Jangan Ambil Kesempatan. Memandangkan bulan Ramadhan bermula, beberapa bandar di seluruh Malaysia kini telah memulakan Bazaar Ramadan masing-masing.

Walau bagaimanapun, mereka juga datang dengan kekurangan mereka sendiri. Baru-baru ini, seorang lelaki tampil ke Facebook untuk berkongsi pengalaman mereka membeli cendol dari bazaar Ramadan menegur agar peniaga tidak mengambil kesempatan daripada pelanggan.

image is not available
Ais Melebihi Kuantiti Cendol, Lelaki Ini Tegur Peniaga Bazaar Jangan Ambil Kesempatan

Ais melebihi kuantiti cendol dibeli

Perkara tersebut dikongsi oleh Ismardy Ismail menerusi Facebook, disertakan sekeping gambar yang menunjukkan satu jag cendol dengan beberapa ais di dalam singki. Difahamkan, kuantiti ais itu lebih banyak berbanding kuantiti cendol yang dibelinya dari sebuah bazar Ramadan di Niah.

Dalam kapsyen yang disertakan, beliau berkata “kepada peniaga2 bazaar Ramadan tak kira dimana berada, tolong jangan ambil kesempatan terhadap pelanggan. Gambar ini menunjukkan betapa banyaknya ketulan ais yang berada di dalam ‘cendol’ yang saya beli tadi. Ini tak habis lagi saya pilih ketulan ais tu. Mohon pertimbangkan wahai peniaga2 sekalian.”

Netizen kongsi pendapat sendiri

Perkongsian lelaki itu mencetuskan pendapat berbeza di kalangan netizen. Malah, ada yang menceritakan pengalaman mereka sendiri ketika membeli minuman di bazaar Ramadan dan ada juga yang memberi tips untuk mengelak perkara tersebut berlaku.

Antaranya seperti berikut:

Semoga peniaga dapat mengambil teguran ini dengan hati terbuka. Kalau nak berniaga, biarlah ikhlas, ok?

Lagi di sini: