Aisar Khaled Buat Rakyat Indonesia Sebak, Hadir Pengebumian ‘Rider’ Maut Ketika Demonstrasi

LocalPolitics
29 Aug 2025 • 5:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Aisar Khaled Buat Rakyat Indonesia Sebak, Hadir Pengebumian ‘Rider’ Maut Ketika Demonstrasi

Pempengaruh media sosial terkenal, Aisar Khaled menyorot perhatian ramai apabila hadir ke majlis pengebumian seorang pemandu gojek, Affan Kurniawan, yang maut akibat digilis trak taktikal polis ‘Barracuda’ di Indonesia, pada malam Khamis.

Menerusi perkongsian dimuat naik akaun TikTok @inibukanniko, Aisar yang berpakaian serba hitam dilihat hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Affan bersama ribuan pemandu gojek serta rakyat Indonesia yang lain.

image is not available

Kehadiran pempengaruh tersebut nyata menyentuh hati ramai apabila warganet Indonesia memuji keperibadiannya yang sanggup turun padang bagi memberi penghormatan.

Aisar Khaled Buat Rakyat Indonesia Sebak

Sementara itu, meninjau di media sosial pempengaruh itu, beliau turut berkongsi momen menghadiri diri ke Menteng, Indonesia yang merupakan tempat tinggal Allahyarham dan juga tempat dia disemadikan.

Aisar juga dilihat menyantuni keluarga dan ibu Allahyarham yang kemudiannya memeluk erat Aisar sambil menangis, Aisar juga sempat mengusung jenazah ke tanah perkuburan sebelum disemadikan.

image is not available

Sekadar info, Affan, 21, bekerja sebagai pemandu gojek bagi menyara tujuh ahli keluarganya, maut selepas digilis kenderaan taktikal milik polis Indonesia ketika berlakunya demonstrasi penduduk di Bendungan Hilir, Jakarta.

image is not available

Difahamkan, ketika kejadian, arwah sedang dalam perjalanan menghantar makanan untuk pelanggan.

Susulan tragedi itu, Ketua Polis Indonesia serta Presiden Prabowo Subianto tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham dan mengesahkan tujuh anggota polis yang berada di dalam trak ‘Barracuda’ berkenaan telah ditahan

Sumber: TikTok inibukanniko