Aisar Khaled Hadiahkan Motosikal Baru, Achey Pula Nak Bantu ‘Repair’ Motor Lama

13 Sep 2023 • 7:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial hari ini video penghantar makanan terpaksa berjalan kaki selepas motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki disita pihak berkuasa.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu tamat tempoh dan tiada insurans.

Susulan itu, pempengaruh terkenal Aisar Khaled tampil membantu rider dengan menghadiahkan motosikal baru.

image is not available
Instagram Aisar Khaled

Pelawak Achey pula menawarkan diri untuk membaiki motosikal lama rider itu tanpa sebarang bayaran. Semuanya ditanggung oleh perniagaan Tiara Candy anaknya.

image is not available
Kredit: TikTok Achey

Saya dah contact dia, nama dia Shahrul umur 26 tahun. Alhamdulilah dia dapat sebuah motosikal daripada Aisar Khaled. Terima kasih Aisar Khaled.

Menurut Achey, rider yang bernama Syahrul itu tidak akan mengeluarkan kenyataan lanjut kerana mengaku kesalahan sendiri iaitu menunggang motosikal tanpa roadtax.

Pertama roadtax mati, yang kedua cover rantai tak ada. Yang ketiga side mirror belah kiri tak ada. Motosikal itu telah disita dan dia akan ambil di JPJ Senawang.

Tapi, saya dah bercakap dengan dia, apa-apa kos untuk ambil semula motor tu, nak buat balik ke apa. Jangan sampai keluar duit sendiri, InsyaAllah Tiara Candy sudi membantu.

Terdahulu, Achey meninggalkan komen di sebuah hantaran viral mencari penghantar makanan itu untuk dibantu.

Namun, pempengaruh Aisar Khaled bertindak lebih cepat apabila berjaya menghadiahkan sebuah motosikal tak sampai 24 jam kejadian ini tular.

Inilah buktinya rakyat Malaysia pemurah dan baik hati kan?

Kredit: TikTok Achey | Instagram Aisar Khaled

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.