Aisar Khaled Sambut Kepulangan Sahabat, Haroqs Terima Banyak Hadiah Coklat

LocalWorld
8 Oct 2025 • 9:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pesohor media sosial, Aisar Khaled mengundang sebak dalam kalangan warganet apabila menyambut kepulangan salah seorang aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Haroqs yang juga merupakan sahabat baiknya.

Sambut kepulangan sahabat

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Aisar dilihat begitu teruja apabila melihat sahabat baiknya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi.

@aisarkhaledd

sahabat dan teamku haroq pulang malaysia dari palestina , #sumudflotilla #

♬ original sound – AisarKhaledd – AisarKhaledd

“Sahabat dan teamku Haroq pulang ke Malaysia dari Palestin,” kata Aisar, hari ini.

Bukan itu sahaja, Aisar juga sempat mendakap Haroqs dan mengucup beberapa kali tatkala aktivis kemanusiaan itu berjalan melintasinya.

Dalam perkongsian sama, Haroqs juga dilihat menerima bermacam jenis coklat sebagai hadiah menyambut kepulangannya ke tanah air.

image is not available

Haroqs juga sempat meninggalkan ucapan terima kasih kepada Aisar kerana setia menunggu dan sanggup pulang ke Malaysia hanya kerana ingin menyambut ketibaannya.

“Terima kasih sahabatku,” balas Haroqs di ruangan komen.

Sebelum ini, Haroqs mendapat liputan meluas berkenaan hasratnya untuk memberikan coklat buat anak-anak Gaza namun impian itu tidak tercapai apabila dia ditahan oleh tentera Israel.

Untuk info, Haroqs telah dibebaskan pada Sabtu lalu setelah ditahan oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa dan selamat tiba ke tanah air, malam tadi.

Sumber: TikTok AisarKhaledd

View Original Article