Aishwarya Rai Didakwa Ada ‘Skandal’ Dengan Rakan Baik?

LocalEntertainment
13 Aug 2024 • 5:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pasangan selebriti popular Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan didakwa sedang mengalami kemelut rumah tangga yang berada di ambang penceraian.

Menerusi satu laporan Kosmo!, punca permasalahan rumah tangga itu dikatakan berpunca daripada ibu mentua Aishwarya iaitu Jaya Bachachan yang juga pelakon popular.

image is not available

Foto: IG Bachchan

Hal itu selepas video temu bual Jaya yang telah lama berlalu kembali tular di media sosial, dimana beliau dengan tegas berkata bukanlah anak perempuannya melainkan hanya seorang menantu.

Jaya berkata demikian selepas ditanya mengenai layanan terhadap menantunya itu dan apakah beliau seorang yang tegas terhadap Aishwarya.

image is not available

Foto: thedailyguardian.com

Namun begitu, terdapat segelintir netizen mendakwa pemenang ratu cantik itu mempunyai hubungan ‘skandal’ dengan rakan baiknya sendiri bernama Dr. Ziraq Marker.

Desas desus itu mula tular selepas mereka berdua dilihat bersama-sama ketika menghadiri sebuah majlis.

image is not available

Foto: Kosmo!

Sementara itu, memetik laporan The Times of India, Abhishek bertindak menangani khabar angin tersebut dengan mengatakan bahawa dirinya tidak mahu memberi apa-apa maklum balas mengenai isu terbabit.

“Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan kepada anda semua tentang perkara itu. Anda semua telah meniup di luar kadar keseluruhannya, sungguh sedih.

“Saya faham mengapa anda melakukannya. Anda perlu memfailkan beberapa cerita. Tidak mengapa, kami selebriti, kami perlu mengambilnya. Masih berkahwin, maaf,” katanya.

Beliau juga dilihat menutup ruangan komen di akaun Instagramnya dan beberapa platform lain.

Untuk rekod, pasangan suami isteri itu mendirikan rumah tangga

pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaradhya pada 2011.