Pada penghujung Mei lalu kami melaporkan YouTube bakal memperkenalkan sistem menguji alat solek secara realiti terimbuh. Kini YouTube mengesahkan mereka menguji fungsi yang diberi nama AR Beauty Try-On kepada sebilangan kecil pengguna.

Dengan sistem ini pengguna boleh memesan produk yang diiklankan tanpa risau ia tidak sesuai dengan tona kulit atau gaya pakaian. AR Beauty Try-On masih lagi di peringkat Alpha dengan ujian dilakukan pada platform FameBit milik YouTube. Mereka bekerjasama dengan syarikat solekan M.A.C Cosmetics untuk menguji sistem yang akan digunakan untuk memudahkan pengiklanan realiti terimbuh dalam masa terdekat.
