
Sekumpulan penyelidik membuat eksperimen membaling bongkah ais ke dalam lubang sebelum ia keluarkan bunyi seakan peluru.
Musim sejuk sememangnya membawa kegembiraan di mana orang ramai dapat menikmati salji dengan cara membuat manusia salj, bermain perlawanan bola salji dan sebagainya.
Sungguh pun pelbagai keseronokan dirasai, tetapi ada sesuatu yang masih belum diketahui ramai mengenai musim ini, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya belum pernah sentuh salji.
Tahukah anda, apabila sesuatu kawasan bersalji itu digerudi ke bawah pada kadar kedalaman tertentu, akan muncul satu bunyi yang dikeluarkan melalui lubang itu secara ‘ajaib’.
Begitulah seperti yang dilalui oleh ahli geokimia Isotop John Andrew Higgin bersama pasukan mereka ketika menggerusi teras lapisan ais bagi memahami tentang salji dengan lebih lanjut.
Difahamkan dalam satu eksperimen yang dijalankan kira-kira dua tahun lalu, mereka menggali sebuah lubang sedalam 137 meter dan melemparkan bongkah ais ke dalamnya untuk mengetahui bunyi yang terhasil.
Rakaman eksperimen tersebut turut dirakam dan dimuat naik ke laman Twitter mereka seperti berikut:
What does a 9 inch ice core sound like when dropped down a 450 foot hole? Like this! Credit to @peter_neff for the idea and @Scripps_Polar, @sciencejenna, @GeosciencesPU, @US_IceDrilling, and @paleosurface for the execution! pic.twitter.com/pW7LxKdbUB
— John Higgins (@blueicehiggins) February 7, 2020
Sangat ajaib, satu bunyi aneh didengari seperti ‘pew pew’ yang seakan menyamai bunyi tembakan peluru dilepaskan akan muncul sekiranya ada yang melemparkan bongkah ais ke dalam lubang yang digerudi itu.
Difahamkan, pasukan penyelidik tersebut berbuat demikian adalah untuk ‘membuang’ perasaan ingin tahu yang menggunung dalam fikiran mereka mengenai bunyi yang dihasilkan oleh lubang itu.
“Apakah bunyi teras ais sembilan inci, apabila terjatuh ke dalam lubang 450 kaki? Macam ini!” tulis ciapan itu.
Tindakan tersebut sedikit sebanyak menambah pengetahuan atau perasaan ingin tahu dalam kalangan orang ramai mengenai salji, sekali gus meningkatkan kepercayaan bagi mereka.
Tidak dinafikan, bunyinya sangat pelik dan boleh dikatakan agak tidak masuk akal. Oleh itu, ahli glasiologi Peter Neff yang sudah memulakan trend membuang ais ke dalam lubang gerudi sedemikian sebelum ini hadir memberi jawapan.
Pada tahun 2018, Neff merakamkan seketul ais yang jatuh ke dalam lubang digerudi sepanjang 90 meter (295 kaki) dan video itu menjadi tular hingga mendapat 10 juta tontonan di Twitter.
Sound ON
When #science is done, it's fun to drop ice down a 90 m deep borehole in an #Antarctic #glacier . So satisfying when it hits the bottom.
Happy hump day. pic.twitter.com/dQtLPWQi7T
— Peter Neff (@icy_pete) February 28, 2018
Menurut Neff, terdapat dua faktor yang bermain di sini iaitu kesan Doppler dan cara gelombang bunyi bergerak ke seluruh lubang.
“Perkara pertama yang anda dengar semasa ais jatuh ialah bunyi ‘nada’ berubah. Itu kesan Doppler,” jelasnya dalam satu video.
Kemungkinan besar, bagi penduduk setempat yang merasai musim sejuk, mereka sebenarnya ada mengalami kesan Doppler di mana ia terhasil apabila kereta mengeluarkan bunyi berbeza selepas ia datang ke arah mereka dan bergerak pergi.
Ilustrasi di bawah ini menunjukkan bagaimana gelombang bunyi daripada sumber bergerak, berubah dalam kekerapan (dan oleh itu nada) semasa berlalu.
Bagaimanapun, sekiranya bercakap mengenai ais, selain kesan Doppler, gelombang bunyi daripada bahan yang jatuh dalam lubang juga sukar untuk keluar dari lubang.
Here’s the story on this crazy sound (V1), plus the basic science @blueicehiggins, myself, & others do studying past climate with #Antarctic ice cores.
pic.twitter.com/QAtjcxXXGh
— Peter Neff (@icy_pete) February 8, 2020
“Kemudian apabila ais mencecah bahagian bawah lubang, bunyi bukan sahaja datang terus ke atas, gelombang bunyi mula melantun dari sisi lubang.
“Itulah sebabnya terdengar bunyi ‘pew’ ini, dengan bunyi seakan sama dengan degupan jantung selepas itu,” tambah jeff lagi.
Sumber: Science Alert
The post Ajaib, Bongkah Ais Dibaling Dalam Lubang Sedalam 450 Kaki, Tapi Keluar Bunyi Seakan Peluru appeared first on Siakap Keli.
