Ajak Kahwin Sedangkan Masih Ada Isteri, Janda 46 Tahun Berang & Bunuh Kekasih Gelapnya

14 Feb 2025 • 12:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penemuan satu mayat lelaki telah membawa kepada penahanan seorang wanita berusia 46 tahun yang juga merupakan kekasih mangsa.

Menurut laporan, mayat tersebut telah dijumpai di sebuah tanah kosong di Desa Tebana, Kecamatan Banyuates, Kabupaten Sampang, Madura di Indonesia pada Selasa lalu.

Siasatan awal polis kemudian membawa kepada penangkapan wanita yang berstatus janda dikenali sebagai Samu’ah itu yang kemudian mengakui perbuatan tersebut.

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Sampang, Samu’ah turut mendedahkan tentang hubungan terlarang yang terjalin di antaranya dan mangsa yang juga merupakan jirannya.

Dia berang setelah diajak menikah sedangkan mangsa masih beristeri. Pembunuhan itu berlaku di rumah pelaku pada Isnin. Samu’ah baru selesai mandi apabila mangsa masuk ke kediamannya dan mahu melakukan hubungan asmara, namun ditolak wanita itu.

Tambah Samu’ah, mangsa kemudian terjatuh dan kepalanya terhantuk di jendela dan dia kemudian menyumbat mulut lelaki tersebut sehingga meninggal dunia dengan baju anaknya kerana bimbang didengari jiran.

Wanita itu kemudian membuang mayat mangsa tidak jauh dari kediamannya pada keesokan hari. Polis kini masih menjalankan siasatan dan menyoal siasat pelaku di balai polis daerah Sampang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Mayat Ditemui Di Tepi Sungai, Peniaga Wanita Dipercayai Dibunuh Ketika COD Makanan

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved