Ajak pembeli sama2 diet, usahawan dessert bakal jual salad harga ‘mesra poket’

LocalFood
14 Jan 2025 • 8:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ajak pembeli sama2 diet

Usahawan dessert terkenal bakal jual menu baru iaitu salad dengan harga ‘mesra poket’ serta ajak pembeli sama2 diet.

Menerusi perkongsian di TikTok kedai tersebut, dia memaklumkan harga menu berkenaan tidaklah semahal yang disangka orang ramai kerana hanya meletakkan RM12 sahaja untuk semangkuk salad tersebut.

@sukadessert.hq

Darlings..ramai yg perli harga mahal, import dari Belgium lah apa. No! Tak mungkin Auntie Ja jual salad harga mahal darlings. Rm12.00 darlings.. Auntie Ja diet, darlings pun kena diet.

♬ original sound - Sukadessert.hq - Sukadessert.hq

Ajak pembeli sama2 diet, harga pun tak mahal

Ujarnya, dia agak terhibur dengan tindakan sesetengah pihak yang memerli produk baru yang bakal dijual dikedainya dengan beranggapan salad tersebut bakal berharga mahal.

“Ramai yang perli harga mahal, import dari Belgium lah apa. No!” tulisnya.

image is not available

Ajak pembeli sama2 diet, cuma RM12 je sebekas

Jelasnya usahawan tersebut, dia kini sedang menjalani program diet dan mahu mengajak orang ramai menikmati produk berkenaan agar diet bersamanya.

“Tak mungkin Auntie Ja jual salad harga mahal darlings. RM12.00 darlings. Auntie Ja diet, darlings pun kena diet,” jelasnya lagi.

Bagus macam ni, selalunya makanan manis je

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyatakan harga ditawarkan kali ini agak berpatutan dan hampir sama dengan harga salad di pasaran.

Mereka juga sempat berseloroh mengatakan bimbang niat awal sekadar mahu membeli salad namun akhirnya terbeli dessert yang dijual di kedai berkenaan.

image is not available

Harga pun lebih kurang macam dekat kedai lain

image is not available

Risau la nak beli salad, takut terborong dessert pula

image is not available

Buat penggemar manisan, sambil-sambil memborong dessert yang menyelerakan, tak salah rasanya untuk mencuba menu sihat pula agar pemakanan lebih seimbang.

Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera.

Sumber: TikTok sukadessert.hq

View Original Article