Ajak & Shahrol kembali bersatu, buang ego demi silaturahim

Music
20 Jun 2024 • 11:32 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ajak & Shahrol

Umum sedia maklum, hubungan antara dua anggota kumpulan Shiro iaitu Ajak & Shahrol kembali jernih pada syawal tahun lalu sekaligus menamatkan sengketa mereka sebelum ini.

Terbaharu, hantaran yang dimuat naik oleh pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro di laman Instagram telah berjaya tarik perhatian ramai apabila dia berkongsi beberapa foto mesra dengan Ajak.

Dalam perkongsian itu, Shahrol mahu merealisasikan potongan dialog yang pernah digunakan oleh mereka ketika beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) demi kebaikan bersama.

Ajak & Shahrol

image is not available

“Jika kuku panjang, buang kuku bukan jarinya. Jika ada masalah buang ego bukan silaturrahimnya”

“Dialog tersebut bukan sekadar lafaz didalam sketsa MLM tetapi dieksekusi secara realiti.

“Satu malam yang panjang mengimbau begitu banyak kenangan bersama yang tidak mungkin dilupakan selamanya. Doakan awak terus maju jaya Ajak Shiro, karya itu kasi jadi,” ujarnya.

Ajak & Shahrol

image is not available

Ramai teruja Shiro sudah kembali!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila melihat hubungan antara dua sahabat itu kembali baik seperti sebelum ini.

Malah, netizen juga berharap mereka dapat beraksi di satu pentas yang sama dan terus berkarya untuk peminat dalam industri hiburan.

image is not available image is not available

Syukur dah berbaik semula!

Bukan itu sahaja, ramai peminat bersyukur dan memuji Shahrol dan Ajak sanggup mengetepikan ego masing-masing demi pulihkan semula silaturahim antara mereka dan secara tidak langsung telah menjernihkan keadaan sedia ada.

image is not available

image is not available

Sekitar Ogos tahun 2022, konflik dalam persahabatan kedua-duanya mula tersingkap apabila mereka saling berbalas kenyataan di media sosial mengenai isu membabitkan sebuah stesen radio.

Difahamkan, Ajak memberitahu sebenarnya hubungan mereka dingin sejak lima tahun sebelum itu dan akibatnya, kisah lain antara dua pelawak tersebut terdedah selepas tersimpan kemas yang hanya diketahui oleh orang terdekat sahaja.

Sumber: Instagram @Shahrol Shiro