Ajak Shiro terima MBOR, nasi padang terjual 23,674 hidangan dalam masa sehari

LocalFood
9 Jan 2026 • 8:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro atau Mohd Hanaffi Razak, 40, meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

image is not available

Nasi padang perniagaan Ajak Shiro terjual 23, 674 hidangan dalam sehari

Memetik laporan daripada mStar Online, pengiktirafan itu diberikan selepas restoran miliknya, Bumbu Babah, mencatatkan 23,674 hidangan nasi padang terjual dalam satu hari menerusi 40 rangkaian restoran di seluruh Malaysia.

“Ada sahaja yang memberi komen tentang sijil halal, kualiti makan dan berkaitan kakitangan.
“Ini semua asam garam dalam perniagaan.
Saya suka dengan pandangan orang tapi bukan hinaan. Sekurang-kurangnya ada orang terus bercakap tentang perniagaan saya,” kata Ajak.

image is not available

Ajak Shiro anggap ini kejayaan luar biasa

Bercerita mengenai kejayaan itu, Ajak menyatakan ia di luar jangkaan, lebih-lebih lagi kerana perniagaan itu masih baharu.

“Tak jangka semua ini akan berlaku. Idea asal pembukaan restoran ini pun demi memenuhi permintaan anak untuk buka kedai makan.
“Syukur atas kejayaan dalam tempoh singkat ini. Pencapaian ini bukan sekadar angka. Ia adalah bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami.
“Apa yang bermula sebagai percubaan kecil kini menjadi suatu yang jauh lebih besar,” luahnya.

image is not available

Artikel lain: Ajak Shiro kenang pengorbanan Tauke Jambu, datang gerai hadiahkan meja baharu

Baginya, kritikan bukan penghalang sebaliknya motivasi untuk terus memajukan perniagaan, sekaligus membuktikan bahawa keberanian dan kesungguhan mampu membawa kejayaan yang luar biasa.

Sumber: mStar Online (Farol Hadi)