Ajal dalam perjalanan pulang ke rumah

24 Jan 2024 • 7:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perjalanan pulang seorang buruh bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di KM58, Jalan Lipis-Merapoh, Lipis, pada Selasa. Foto ihsan PDRM

LIPIS - Perjalanan pulang seorang buruh bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer (KM) 58, Jalan Lipis-Merapoh di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang itu, mangsa, Noridaman Abdul Rahman, 45, beralamat Felcra Sungai Temau di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor memberitahu ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Nimota NMS150K.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Temau dari arah Merapoh menghala ke Lipis.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, ketika melalui jalan selekoh dipercayai motosikal itu telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

"Akibat kemalangan tersebut mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian swab Covid-19 diperolehi.

Jelasnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved