Ajal Semasa Berburu, Lelaki Maut Akibat Salah Tembak Di Bau

18 Feb 2023 • 3:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Malang tak berbau.

Ajal Semasa Berburu, Lelaki Maut Akibat Salah Tembak Di Bau. Seorang lelaki berusia 49 tahun maut selepas tersilap ditembak ketika berburu bersama adik-beradiknya berhampiran Sungai Boyuh, Kampung Jugan di Bau sekitar jam 11.45 malam pada 16 Februari yang lalu.

Kejadian tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon selepas menerima laporan daripada kakitangan perubatan dari Hospital Bau.

image is not available
Ajal Semasa Berburu, Lelaki Maut Akibat Salah Tembak Di Bau. Sumber: The Borneo Post

Mendiang meninggal akibat 43 kesan tembakan

Hasil siasatan mendapati mendiang meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya di bahagian dada, perut, tangan dan paha.

DSP Poge mendedahkan bahawa mendiang telah ditembak sebanyak 43 kali, memandangkan terdapat 43 kesan luka pelet senapang ditemui pada badan mendiang.

image is not available
Senapang dan kartrij peluru yang dirampas. Sumber: The Borneo Post

Susulan kejadian malang tersebut, adik lelaki kepada mendiang yang berusia dalam lingkungan 40 dan 50 tahun telah direman untuk membantu siasatan.

Turut dirampas adalah dua senapang patah buatan sendiri berserta kartrij. Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. Semoga mendiang bersemadi dengan aman. RIP.

Ini bukanlah pertama kali kejadian seumpama ini berlaku di Sarawak: