
PUTRAJAYA - Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh Nasiruddin Mohd Ali daripada syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan pengikutnya adalah sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam.
Perkara itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-125 pada 24 hingga 26 September lalu.
Pengerusi MKI, Datuk Dr Nooh Gadut berkata, antara ajaran, pegangan dan fahaman salah yang dibawa kumpulan itu adalah mentakrifkan Asy Syeikh Muhammad Abdullah As-Suhaimi atau Syeikh Muhammad Suhaimi merupakan Imam Mahdi manakala pengasas pertubuhan al-Arqam, Asaari Muhammad sebagai pembantunya di akhir zaman.
AKAN MENYUSUL

