
KUALA PENYU: Umno Beaufort berdepan cabaran apabila seorang Ahli Jawatan Kuasanya (AJK), Fadliezan Tingan bertindak keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Kuala Penyu.
Beliau turut membawa 52 ahli Umno yang majoritinya dari Kampung Kerukan, di sini, untuk bersama menyerahkan borang keahlian PGRS sekali gus menjejaskan kekuatan Umno di kawasan itu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua PGRS Kuala Penyu, Datuk Limus Jury menerima borang keahlian itu dalam suatu majlis di Pejabat Perhubungan Adun Kuala Penyu, di sini.
Fadliezan berkata tindakan mereka keluar parti disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno Beaufort, dan pada masa sama mahu bersama PGRS memperjuangkan hak Sabah.
