AJL40 Tetapkan Etika Pemakaian, Penonton Diminta Berpakaian Mengikut Jantina

LocalMusic
9 Jul 2026 • 5:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penganjur Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) mengingatkan semua penonton yang hadir ke malam kemuncak di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos ini supaya mematuhi etika serta garis panduan pemakaian yang telah ditetapkan.

Boleh kretif tapi hormat etika pakaian

Memetik laporan daripada Mstar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof menyatakan, pihaknya tidak menghalang penonton untuk tampil bergaya mengikut kreativiti masing-masing, namun berharap semua pihak menghormati etika pemakaian mengikut jantina.

“Semuanya bergantung kepada kreativiti bagaimana penonton nak ‘melaram’ datang tengok AJL. Cuma kami mengharapkan para pembeli tiket dapat menghormati atucara dan etika pemakaian mengikut jantina.
“Sebenarnya pada tiket itu kami sudah meletakkan segala syarat, sila baca tiket anda. Kami juga akan buat pemantauan pakaian di pintu masuk,” katanya.

Image from: AJL40 Tetapkan Etika Pemakaian, Penonton Diminta Berpakaian Mengikut Jantina

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media AJL40: The First Look yang berlangsung di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengangkat tema “Meraikan 4 Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia”, AJL40 membawa mesej “Love Your Legacy, Elevate Your Future” sebagai simbol komitmen meraikan perkembangan industri muzik tempatan serta membuka ruang kepada bakat generasi baharu.

Sumber: Mstar 

The post AJL40 Tetapkan Etika Pemakaian, Penonton Diminta Berpakaian Mengikut Jantina appeared first on Borak Daily.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved