Ajuk Trademark Penjual Di Indian Street, Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Video TikTok Lelaki Ini

11 Aug 2022 • 6:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang sebiji macam itulah suasananya di Indian Street.

Ajuk Trademark Penjual Di Indian Street, Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Video TikTok Lelaki Ini. Indian Street atau Lebuh India sememangnya destinasi tarikan pengunjung di Bandaraya Kuching, Sarawak. Kalau anda bertandang ke sini, memang banyak benda boleh jumpa. Kalau kaum ibu, tumpuannya ke kedai kain. Kalau para remaja, tumpuannya ke mural yang berdekatan dan OOTD.

Tapi kalau anda pergi ke sini, tidak dinafikan para penjualnya memiliki trademark ayat jual yang begitu menarik perhatian.

image is not available
Ajuk Trademark Penjual Di Indian Street, Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Video TikTok Lelaki Ini

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna @sharmkamikaze, lelaki ini melakonkan semula situasi lazim yang dialami oleh pengunjung Indian Street. Terutamanya apabila berhadapan dengan penjual-penjual di sana.

Video itu memaparkan gaya ayat trademark penjual seperti gaya kedai jual baju, gaya promoter kedai emas, dan gaya penjual gambir di tepi jalan. Meskipun bersahaja, namun video ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai, terutamanya yang pernah pergi ke Indian Street.

image is not available
Sumber: TikTok @sharmkamikaze

Disebabkan suasana yang hampir 90% sama seperti situasi sebenar di Indian Street, video ini telah meraih sebanyak lebih 100 ribu tontonan dan lebih 9,000 tanda suka.

Bagi mereka yang belum pernah sampai ke sini, Indian Street merupakan salah satu destinasi yang mesti anda kunjungi kerana di sini anda boleh menemukan pelbagai barang jualan seperti aneka rempah ratus, kain, gerai makanan dan minuman serta baju kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

Dari kecil sampai besar, dorang masih jual macam tu – Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya boleh ‘relate’ dengan suasana ikonik di lebuh popular di Bandaraya Kuching itu. Apatah lagi suasana tersebut sudah disaksikan oleh netizen sejak mereka kecil lagi.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Boleh relate tak dengan suasana di Indian Street ni? Kalau korang pergi sini, selalu pergi ke kedai mana? Kongsikan juga dengan kami di ruangan komen, okay?

Lepas puas berjalan dekat sini, meh lah singgah dekat kedai ini pula: