Akademi bola sepak Sabah bakal dilancar

22 Oct 2022 • 3:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Akademi Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) bakal dilancarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam majlis pecah tanah sebelum hari penamaan calon di atas sebidang tanah di Kinabatangan milik Safa Kinabatangan.

Penolong Setiausaha Agung Safa, Azman Mastar berkata akademi berkenaan dengan beliau sebagai pengarah akan menampung pemain di bawah umur 12, 14 dan 16 tahun, dan setiap daerah di negeri ini akan menyusul dengan akademi masing-masing.

“Akademi Safa adalah sebahagian daripada rancangan persatuan untuk membangunkan bola sepak di Sabah dan telah dirancang sejak awal tahun ini.

“Semua Safa daerah dari lapan zon dijangka membentuk akademi masing-masing tidak lama lagi.

“Saya percaya melalui kerjasama persatuan daerah dengan jurulatih bertauliah dan berpengalaman yang sedia ada, ia akan memastikan program pembangunan melalui akademi ini akan berjaya dan mencapai matlamatnya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelancaran di pejabat Safa di sini pada Khamis.

Turut hadir, Setiausaha Eksekutif Safa, David Wisom dan Pengarah Teknikal Safa, Omar Maya Amat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.