Akan Selesaikan Hutang Sebelum 1 Feb 2025, Kim Seri Akui Diri B*doh ‘Scam’ Orang – “Beri Saya Peluang Kedua..”

LocalEntertainment
23 Dec 2024 • 9:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, pempengaruh Malaysia, Kim Seri yang kini menjadi bualan ramai isu menipu pelanggan tentang pakej trip ke Korea membuat siaran langsung di platform TikTok bagi perjelaskan isu yang sedang melanda ini.

Tampil perjelaskan isu scam pelanggan

Melalui live tersebut, Kim Seri memohon maaf kepada mangsa-mangsa yang hadapi kerugian akibat tertipu dengan pakejnya dan berjanji akan menyelesaikan hutang-hutang itu sebelum 1 Februari 2025.

Dalam pada itu, pempengaruh tersebut turut menyatakan bahawa punca-punca ini berlaku kerana dirinya mengalami kerugian teruk, di mana restoran miliknya yang terletak di Myeondong, Seoul tidak dikunjungi oleh pelanggan sejak bulan Ramadan lalu.

Merayu beri peluang kedua, akui tak fikir panjang

Bahkan, dirinya juga tidak berfikir panjang dan akui bodoh kerana melakukan aktiviti scam trip pakej Korea terhadap pelanggan di Malaysia.

image is not available

image is not available

Saya berjanji akan kongsi perkembangan secara berterusan dan berkomunikasi secara telus dengan anda semua. Saya sedar tentang kekurangan diri saya, jadi sekiranya anda memberi satu lagi peluang, saya berjanji akan lakukan lebih baik.

Sebelum ini, Kim Seri teruk dihentam netizen susulan scam ramai pelanggan yang sudah membayar pakej tripnya ke Korea Selatan dan didapati hutangnya mencecah lebih RM350,000.

image is not available 6 days ago

Didakwa Tipu 28 Individu & Hutang Lebih RM350K, Kim Seri Beri Respon - "Sebelum Jam 4 Petang.."