
Berita baik buat semua ahli pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana permohonan pemindahan dibuka hari ini!
Seperti yang kita tahu, Akaun 3 ini adalah akaun baru yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan dan bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.
Menerusi laporan eCentral, pencarum perlu mengetahui cara-cara sebelum lakukan pemindahan dari akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Flexible).
Tapi, semua kena ingat yang pemindahan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan tidak boleh dibatalkan.


Cara-cara pemindahan
Meh sini kami tunjuk cara-cara untuk membuat pemindahan ni supaya korang tak pening.
- Login I-Akaun.
- Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.
- Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
- Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
- Klik Teruskan.
- Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
- Klik Teruskan.
- Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
- Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
- Perakuan Ahli – Klik Terima.
- Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
- Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja).

Pilihan pindahan amaun ini boleh dibuat bila-bila masa sahaja. Apa-apa pun ahli pencarum kena ingat, tarikh akhir untuk lakukan pemindahan ini pada 31 Ogos 2024 tau!
Kredit: eCentral

