Akaun 3 KWSP mungkin dilaksana mulai Mei, tawar fleksibiliti seakan akaun simpanan

17 Apr 2024 • 1:30 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka bakal memperkenalkan Akaun 3 kepada ahli tidak lama lagi. Akaun 3 merupakan akaun fleksibel yang membolehkan pengguna untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa, tidak seperti akaun 1 dan 2 sedia ada. Kini, walaupun sebelum pengumuman rasminya, terdapat laporan mengatakan pelaksanaannya akan bermula seawal bulan Mei.

Berdasarkan laporan NST, caruman tersebut dijangka akan disalurkan ke Akaun 3 seawal bulan Mei dan berikutnya. Akaun 3 tersebut akan dimulakan dengan baki kosong dan akan melibatkan 10% daripada caruman bulanan pada masa hadapan. Dengan sistem baharu yang telah distrukturkan semula, Akaun 1 akan menerima 75% daripada caruman bulanan manakala 15% pula untuk Akaun 2.

Buat masa sekarang, caruman bulanan KWSP dipecahkan kepada 70% kepada Akaun 1 dan 30% kepada Akaun 2. Akaun 1 hanya boleh diakses selepas persaraan, manakala Akaun 2 pula boleh diakses bagi keperluan pendidikan, kesihatan dan perumahan. Ini berbeza dengan Akaun 3 yang menyediakan fleksibiliti kepada pengguna untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa seperti akaun simpanan.

Dana Akaun 3 boleh dipindah ke akaun lain

Difahamkan KWSP juga akan membenarkan pencarum yang ingin memaksimumkan kadar pulangan dengan memindahkan dana dalam akaun fleksibel tersebut ke dalam Akaun 1 dan 2. Walau bagaimanapun, disebabkan Akaun 3 adalah akaun fleksibel, ia dikatakan akan mendapat pulangan jauh lebih rendah berbanding dividen untuk Akaun 1 dan Akaun 2.

Setakat ini, KWSP masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pelaksanaan Akaun 3, serta mekanisme pengeluarannya juga masih belum diketahui. KWSP mengumumkan 5.5% dividen kepada ahli dengan akaun konvensional dan 5.4% akaun patuh syariah untuk tahun kewangan 2023. Ia melibatkan pembayaran berjumlah RM57.8 bilion.

[Sumber: NST]

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved