Akaun Disekat, Keluarga Terpaksa Minta Bantuan Ambulans Usung Pesakit Lumpuh Ke Bank

3 Sep 2022 • 7:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terlantar di atas katil, wanita ini usung ibu ke bank

Akaun Disekat, Keluarga Terpaksa Minta Bantuan Ambulans Usung Pesakit Lumpuh Ke Bank. Selalunya urusan di bank mengambil masa berjam-jam untuk diselesaikan dan ada sesetengah bank menyediakan perkhidmatan atas talian supaya pengguna tidak terbeban.

Tular di Tiktok apabila seorang wanita muat naik detik menyedihkan apabila ibunya yang lumpuh terpaksa hadir ke bank untuk menukar kad yang tamat akan tempoh.

image is not available
Akaun Disekat, Keluarga Terpaksa Minta Bantuan Ambulans Usung Pesakit Lumpuh Ke Bank

Menerusi hantaran video di Tiktok Nur Hatini, dia menggunakan perkhidmatan ambulans St John disebabkan ibunya yang tidak boleh duduk dan terlantar di atas katil.

Jelas Hatini di ruangan komen, pihak bank telah menyekat akaun milik ibunya tanpa memberikan alasan apabila ditanya.

Hatini berasa kecewa kerana pihak bank tidak bertimbang rasa terhadap keadaan yang berlaku dan difahamkan ibunya adalah penerima pencen dan memerlukan dana untuk keperluan lain bagi pesakit bedridden.

Apa perasaan pegawai bank tu? – netizen

Perkongsiannya di Tiktok meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan layanan pihak bank kerana tidak memudahkan urusan ibu wanita itu.

Bukan itu sahaja, ada netizen yang mendakwa ada bank yang menyediakan perkhidmatan ke rumah untuk berurusan agar memudahkan golongan yang tua dan sakit.

Perkongsian tersebut telah meraih 1.3 juta tontonan dan 55.9k tanda suka.

image is not available
Keadaan ibu Nur Hatini diusung ke dalam ambulans dalam perjalanan ke bank. Kredit: Tiktok Nur Hatini

Setakat ini tiada sebarang kenyataan daripada pihak bank berhubung isu yang berlaku ini dan diharap bank dapat menyediakan prosedur yang memudahkan pengguna berurusan untuk semua golongan lagi-lagi di era moden yang serba canggih ini.

Hati-hati, sekarang banyak kes duit dalam bank lesap sekelip mata. Baca di sini:

Lagi di sini: