'Akaun Facebook itu palsu' - Calon BN

Politics
25 Nov 2023 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Raja Mohamed Affandi. Gambar kanan: Akaun Facebook palsu calon BN muncul di tengah kemeriahan kempen PRK Kemaman.

KEMAMAN - Memasuki hari kelapan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, kem Barisan Nasional (BN) dikejutkan dengan kemunculan akaun media sosial palsu calonnya.

Akaun palsu itu menggunakan nama Raja Affandi sedangkan akaun rasmi calon BN menggunakan nama Raja Mohamed Affandi.

Calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor percaya, ia mungkin tindak balas yang dilakukan oleh musuh yang cuba menyerangnya.

Justeru, beliau tampil memaklumkan tentang kewujudan akaun palsu berkenaan dan turut melampirkan pautan kepada akaun media sosial rasminya.

"Pagi ini saya dikejutkan dengan akaun FB (Facebook) menggunakan nama dan gambar saya. Dalam peperangan pelbagai sudut, macam-macam cara musuh untuk menyerang.

"Dengan ini saya menafikan akaun ini adalah rasmi daripada saya. Sila ke Page Raja Mohamed Affandi untuk mengetahui perkembangan saya sepanjang tempoh berkempen ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu BN dan Pas.

BN mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor manakala Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili Pas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved