Akaun Media Sosial Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Perlu Dikawal Ibu Bapa – Fahmi Fadzil

LocalTechnology
6 Mar 2026 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Media sosial kini semakin terbuka serta digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Namun demikian, tanpa kawalan yang baik ia boleh membawa kesan negatif terutama kepada kanak-kanak bawah umur. Sehubungan itu, kerajaan menetapkan bahawa kanak-kanak berusia bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial peribadi sebaliknya mereka hanya boleh menggunakan akaun yang dikendalikan oleh ibu bapa.

image is not available

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, larangan ini bertujuan melindungi golongan muda daripada ancaman keselamatan siber termasuk risiko pemangsa dalam talian. Bagaimanapun, kanak-kanak masih dibenarkan menonton kandungan seperti di YouTube tetapi mereka tidak boleh memiliki akaun peribadi kerana ia membuka ruang kepada orang asing untuk berhubung secara langsung.

Selain itu, kerajaan turut menekankan peranan ibu bapa dalam memantau aktiviti digital anak-anak. Peranti tidak boleh dijadikan pengganti pengasuh kerana ibu bapa mempunyai tanggungjawab memastikan anak tidak menggunakan gajet terlalu lama tanpa pengawasan.

image is not available

Dalam pada itu, kerajaan kini sedang melaksanakan’ regulatory sandbox’ bersama platform media sosial untuk memperkenalkan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun baharu. Malaysia memilih pendekatan berbeza daripada model ‘Age Assurance’ di Australia dengan menggunakan undang-undang berkaitan MyKad sebagai elemen keselamatan tambahan untuk pengesahan identiti dan umur.

View Original Article