Akaun Palsu Guna AI Papar Wajah Suara Agong Dikesan – RPO

LocalPolitics
10 Jul 2025 • 9:46 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Akaun Palsu Guna AI Papar Wajah Suara Agong Dikesan – RPO

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) mengesan satu akaun video palsu di Facebook yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memaparkan wajah dan suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Menurut RPO, video berkenaan disebarkan menerusi platform Facebook dengan menampilkan suara Seri Paduka Baginda, kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu seperti ini yang sering digunakan oleh sindiket penipuan di Facebook serta platform media sosial lain,” menurut hantaran itu.

RPO turut menegaskan bahawa bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat, mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA