Akaun Telegram Peribadi Saya Digodam – PM

LocalPolitics
8 Aug 2022 • 6:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ismail Sabri Yaakob - Gambar oleh Syeda Imran

KUALA LUMPUR – Akaun Telegram milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digodam individu tidak bertanggungjawab hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri beliau menerusi ciapan di Twitter.

Ismail Sabri turut meminta orang ramai mengabaikan sebarang mesej diterima mereka daripada akaun itu.

“Perhatian: Akaun Telegram peribadi saya digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej diterima daripada akaun berkenaan,” menurut ciapan itu. – Getaran, 8 Ogos 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved