Akaun Threads Kini Boleh Dipadam Tanpa Kehilangan Akaun Instagram

TechnologyDigital
14 Nov 2023 • 7:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna Threads kini akhirnya boleh memadam akaun mereka tanpa perlu risau akaun Instagram mereka turut akan terpada sekali. Adam Mosseri melakukan pengumuman ciri ini awal pagi ini dengan ia boleh dilakukan menerusi skrin tetapan aplikasi. Kesemua maklumat profil, hantaran status, pengikut dan Likes akan disimpan selama 30 hari sebelum dipadam sepenuhnya oleh Meta.

image is not available

Selain memadam akaun sepenuhnya, pengguna Threads turut diberikan pilihan untuk menyahaktifkannya sahaja supaya boleh digunakan semula di masa hadapan sekiranya berubah fikiran. Selepas dinyahaktifkan, kesemua hantaran, profil dan Likes akan disorokkan daripada dilihat oleh pengguna lain.

Sebelum ini jika Threads dipadam, akaun Instagram akan turut terpadam sekali yang menimbulkan kemarahan sebahagian kecil pengguna. Turut diumumkan minggu ini ialah ciri tidak berkongsi status Threads ke Instagram dan Facebook bagi mereka yang ingin mengawal dimana hantaran mereka boleh dibaca.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved