Akaun TikTok Jenama Pakaian Ambil Marissa & Aslam Sebagai Model Kena Banned

Entertainment
11 Mar 2024 • 11:46 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, heboh dakwaan tentang anak pelakon Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aslam.

Mereka didakwa telah berkahwin di Thailand sekitar Disember lalu.

Namun pada minggu lalu tular video di media sosial memaparkan Marissa dan Aslam menjadi model untuk sebuah jenama dipercayai untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Ramai kecam tindakan syarikat buat konten pemasaran ambil Marissa dan Aslam

Penularan video tersebut kemudiannya mendapat perhatian netizen yang mengecam tindakan syarikat jenama pakaian terbabit, Jelita Wardrobe kerana mereka tidak hanya mengambil Marissa dan Aslam sebaliknya turut mengambil isteri Aslam yang dikenali sebagai Misya.

Tindakan syarikat itu disifatkan sebagai suatu yang tidak wajar walhal tahu konflik yang sedang melanda mereka bertiga.

Selepas teruk dikecam, jenama itu kemudiannya memadam konten memaparkan tiga individu tersebut sebelum membuat permohonan maaf kerana telah menyinggung sentiviti segelintir pihak.

Mereka turut mengambil perkara itu sebagai pengajaran di masa hadapan.

Jenama pakaian kena banned dari TikTok

Terbaharu, tular di X (Twitter) terdapat pengguna mendakwa akaun jenama pakaian tersebut telah disekat di TikTok.

Akaun itu dipercayai telah disekat daripada aplikasi selepas ramai pengguna membuat laporan mengenai konten terbabit.

Melihat di ruangan balas, ramai pengguna yang berpuas hati serta meminta orang ramai untuk turut menyerang aplikasi Instagram pakaian itu.

“Bagus juga buat macam ni, lepas ni tak ada lah founder-founder macam ni ambil orang viral yang bermasalah untuk buat pemasaran murahan”

image is not available

“Lepas ni tolong la banned pula buti-butik lain yang suka menganiaya pekerja dan student intern”

image is not available

Dalam carian kami di TikTok, sudah wujud satu akaun baharu dipercayai milik jenama pakaian terbabit.

Semakan kami di Instagram pula mendapati akaun rasmi jenama pakaian ini masih lagi ‘terselamat’ dari disekat.

image is not available