Akauntan rugi RM90,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud

LocalBusiness & Finance
18 Dec 2024 • 12:00 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JERTIH: Seorang akauntan wanita mengalami kerugian RM90,000 akibat terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan di aplikasi WhatsApp pada 17 Sept lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata mangsa, yang berusia 33 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta, telah dihubungi individu tidak dikenali serta diperdaya untuk menyertai kumpulan di aplikasi itu yang kononnya milik sebuah syarikat pelaburan.

“Suspek telah memujuk mangsa dengan menjanjikan pulangan pelaburan tinggi yang bakal diterima dalam tempoh 24 jam mengikut kadar bayaran yang dibuat.

“Mangsa yang terpedaya dengan tawaran itu telah melabur RM90,000 bermula 26 Sept hingga 12 Dis lepas dengan melakukan transaksi ke empat akaun bank yang berdaftar atas nama syarikat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa, yang merasakan dirinya telah ditipu apabila tidak menerima bayaran keuntungan seperti dijanjikan, tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved