
Tular di media sosial rakaman video dimuat naik ahli keluarga menunjukkan momen sayu ibu bapa Zayn Rayyan berpelukan dengan datuk dan nenek selepas dibenarkan bebas hari ini.
Pertemuan mereka berlaku di rumah selepas datuk dan nenek dibenarkan pulang dengan jaminan polis kira-kira jam 2.30 petang.
Dalam video pendek itu, ahli keluarga mengucapkan syukur kerana mereka akhirnya bersatu semula selepas ujian hebat yang menimpa.
Alhamdulillah.. Allah sebaik² perancang..#autism #zaynrayyanautisme #mateen #zaynrayyan #mateendanzayn #zaimdanisma #zaimisma
Dapat dilihat ibu kepada Zaim Ikhwan memeluk erat menantunya Ismanira dengan penuh rasa kasih sayang.
#family #loveyou #prayforzaimandisma #autism #zaynrayyanautisme #mateen #zaynrayyan #mateendanzayn #zaimdanisma #zaimisma #CapCut
Di ruangan komen, orang ramai turut sebak melihat momen hiba keluarga berkenaan. Mereka berdoa semoga keluarga ini terus diberikan kekuatan.
Kredit: TikTok Fara Mozafna


