Akhirnya, Kini Yes Menyokong Semua iPhone XS Dan Terkini Melalui Kemaskini iOS 17.1

TechnologyDigital
28 Oct 2023 • 9:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syarikat telekomunikasi Yes kini secara rasminya berkongsi, menyatakan rangkaian mereka akhirnya rasmi disokong pada peranti keluaran Apple, iaitu iPhone XS dan terkini. Untuk menikmatinya, pengguna perlu mengemaskini sistem operasi iPhone mereka kepada iOS 17.1 dan terkini.

image is not available

Dengan langkah ini, pengguna boleh menikmati penggunaan iPhone sepenuhnya, dan tidak terhad kepada penggunaan data sahaja seperti sebelum ini. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna menggunakan ciri seperti VoLTE, sokongan FaceTime, dan sebagainya. Sokongan rasmi ini juga turut membolehkan pengguna mengaktifkan eSIM melalui iPhone.

Bagi anda yang menggunakan iPhone dan mempunyai rangkaian Yes, boleh mengemaskini dan menikmati rangkaian Yes sepenuhnya pada iPhone anda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved